NEW DELHI – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di India meningkat kepada 28,441,986 pada hari Khamis dengan 134,154 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, kata Kementerian Kesihatan.
Sebanyak 2,887 kematian dilaporkan sejak pagi Rabu, menjadikan jumlah kematian bertambah kepada 337,989.
Terdapat sebanyak 1,713,413 kes aktif di negara ini, dengan penurunan 80,232 dalam tempoh 24 jam.
Jumlah kes aktif harian telah menurun sejak beberapa hari kebelakangan ini, setelah lonjakan berterusan sejak pertengahan April.
Sebanyak 26,390,584 orang telah pulih daripada jangkitan.
India memulakan program vaksinasi pada bulan Januari dan setakat ini seramai 221 juta telah menerima vaksin.
Kini, vaksinasi diteruskan dengan melibatkan rakyat yang berumur 18 tahun ke atas. – MalaysiaGazette