Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat Covid-19 meningkat lagi hari ini dengan 905 pesakit dimasukkan ke unit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 453 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan yang direkodkan adalah sebanyak 81,575 kes.

“Kes sembuh baharu pula adalah sebanyak 7,386 menjadikan keselurushan yang pulih daripada Covid-19 iaitu 548,705 kes,” katanya menerusi kenyataan berhubung perkembangan terkini status Covid-19 hari ini.

Noor Hisham berkata, terdapat 75 lagi kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia daripada Covid-19 3,611 kes.

Terdahulu, Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 6,239 kes positif baharu dilaporkan hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 6,228 merupakan penularan tempatan manakala, 11 lagi kes import. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast