Warga emas menerima suntikan vaksin Covid-19 sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Kes positif baharu Covid-19 kembali meningkat hampir 1,000 kes pada hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 6,239 kes positif baharu direkodkan dan jumlah itu kembali ke paras 6,000 selepas jatuh semalam.

Selangor kekal menjadi negeri tertinggi merekodkan kes baharu Covid-19 dengan 2,291 kes diikuti Kuala Lumpur (704 kes), Negeri Sembilan (507 kes), Johor (468 kes), Sarawak (419 kes), Kelantan (340 kes), Sabah dan Pahang (232 kes) serta Labuan (200 kes).

Manakala, Pulau Pinang mencatatkan 194 kes, Perak (175 kes), Terengganu (171 kes), Melaka (150 kes), Kedah (135 kes), Putrajaya (17 kes) dan Perlis (4 kes).

Pertambahan itu menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di negara paras 633,891 kes. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast