Saturday, April 27, 2024
Home Politik Siapa tuntut Mageran? – Puad

Siapa tuntut Mageran? – Puad

Puad Zarkashi Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Siapa tuntut Mageran?, soal Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut bertanya kenapa Datuk Dr Marzuki Mohammad, Ketua Setiausaha Sulit (KSUK) Perdana Menteri tiba-tiba bangkit isu Mageran (Majlis Gerakan Negara).

Menurutnya, rakyat bukan mahu Mageran tetapi rakyat mahu darurat yang ada ini pun ditamatkan dan tidak disambung.

”Kenapa tiba tiba bangkit isu Mageran? Mahu divert (alih isu? Menurut Marzuki darurat sekarang lebih baik dari Mageran kerana kerajaan hanya laksana darurat kesihatan.

”Kalau darurat kesihatan kenapa gantung Parlimen? Bahkan selepas 5 bulan, angka Covid-19 terus meningkat dan tinggi. Jelas, darurat hari ini gagal,” kata Mohd Puad yang menempelak gaya Marzuki macam menyampaikan perutusan khas.

Malah, tanya beliau, apakah beliau bercakap atas kapasiti individu atau mewakili Perdana Menteri.

Soal beliau lagi, walaupun Marzuki mendakwa darurat kesihatan hari ini membenarkan mesyuarat Kabinet, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan lain lain diadakan, tetapi kenapa gantung parlimen hingga apa yang kerajaan mesyuarat dan putuskan tidak ada semak dan imbang.

Dalam video yang tular semalam, Marzuki mendakwa ada pihak yang mencadangkan agar Yang di-Pertuan Agong menubuhkan Mageran yang mempunyai kuasa penuh mentadbir negara.

Majlis ini pernah ditubuhkan pada tahun 1969 hingga 1971 dan semasa krisis politik Kelantan 1978.

Katanya, cadangan tersebut adalah langkah ke belakang yang akan merencatkan usaha kerajaan dan semua pihak dalam menangani krisis yang dihadapi negara.
“Ia adalah satu langkah ke belakang yang akan merencatkan perancangan kerajaan dan segala usaha penjawat awam, para frontliners, pihak industri dan rakyat seluruhnya untuk memulihkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang kita hadapi pada masa ini,” jelas Marzuki menerusi Facebook, malam tadi.

Kenyataan itu dibuat oleh Marzuki ketika pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Pertemuan semalam melibatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu. – MalaysiaGazette