Angka korban akibat Covid-19 bertambah setiap hari. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 84 kes kematian direkodkan pada hari ini menyaksikan jumlah keseluruhan individu meninggal dunia akibat penularan Covid-19  meningkat kepada 3,768 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 78,864 kes aktif dan 912 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 458 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Jumlah jangkitan kini adalah sebanyak 646,411 kes.

“Kes sembuh pula sebanyak 7,749 dengan jumlah kumulatif 563,779 kes,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, hari ini, Dr. Noor Hisham memberitahu, sebanyak 6,849 kes baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Daripada jumlah kes baharu itu, empat adalah kes import manakala baki 6,845 adalah penularan tempatan, ujarnya.

Selangor mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 2,558 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (884), Sarawak (699), Negeri Sembilan (685), Johor (426), Sabah (309), Kelantan (248), Pulau Pinang (205), Labuan (176), Melaka (170), Perak (161), Kedah (161), Pahang (89), Terengganu (66), Putrajaya (10) dan Perlis (2). – MalaysiaGazette