Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 101 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada hari ini dengan jumlah kumulatif meningkat kepada 4,069 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumah kematian hari itu, sebanyak 98 kes melibatkan warganegara manakala baki tiga kes membabitkan bukan warganegara.

Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu sebanyak 50 kes kematian berlaku di Selangor, diikuti Kuala Lumur (11 kes), Johor (10 kes), Negeri Sembilan (8 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (4 kes), masing-masing tiga kes di Sabah, Pahang, Kedah, dan Kelantan, dua kes di Sarawak, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Melaka, Terengganu, dan Perak.

Terdahulu hari ini, Noor Hisham memaklumkan, angka kes Covid-19 di negara ini kembali melonjak melepasi 5,000 kes hari ini kepada 5,419 kes setakat jam 12 tengah hari ini berbanding 4,949 kes semalam.

Dengan pertambahan itu, jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 bertambah kepada 667, 876 kes.

Sementara itu, beliau memberitahu, seramai 922 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 450 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan. – MalaysiaGazette