KUALA LUMPUR – Selangor masih kekal penyumbang tertinggi kes jangkitan harian Covid-19 dengan 1,914 kes hari ini namun susut berbanding semalam 1,996.

Angka itu menjadikan ke Covid-19 hari ini bertambah sebanyak 5,150 kepada 673,026 kes.

Kes jangkitan harian yang direkodkan hari ini turun berbanding 5,419 semalam, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Negeri Sembilan pula mencatatkan lonjakan kes kepada 607 berbanding 396 semalam.

Manakala Sarawak menyaksikan 507 kes, Kuala Lumpur (480) dan Johor (392).

Manakala Kelantan dan Kedah, masing-masing 230 dan 228 kes.

Negeri-negeri yang merekodkan dua digit pula ialah Perak (66) dan Pulau Pinang (99).

Putrajaya dan Perlis pula mencatatkan satu digit, masing-masing enam dan lapan kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast