Wan Junaidi Tuanku Jaafar LKAN Auditor-General's Report punitive
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUALA LUMPUR – Dianggarkan lebih 90 peratus usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dijangka berdepan risiko terjejas sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) dilaksanakan secara berterusan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ketika ini sebahagian besar IKS hanya mempunyai tempoh selama tiga hingga enam bulan untuk bertahan, seterusnya tidak mampu lagi untuk menanggung kos overhead dan sebagainya.

Bagaimanapun, menurut beliau, MEDAC optimis pemulihan secara berperingkat ini mampu memberi keseimbangan dalam membantu mempergiatkan kembali aktiviti ekonomi secara fiskal yang mana dalam masa yang sama dapat melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19.

Katanya, kaji selidik yang dilaksanakan oleh MEDAC sejak Mac lalu mendapati golongan usahawan wanita antara yang paling teruk terjejas berikutan kebanyakan daripada mereka menjalankan konsep perniagaan secara perkhidmatan.

Oleh itu, MEDAC menyarankan agar usahawan IKS untuk beralih ke arah perniagaan yang berasaskan digital kerana ia mampu meraih keuntungan yang lebih besar ketika pandemik.

”Harapan saya agar kita semua bekerjasama mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar kadar jangkitan Covid-19 dapat turun dan sektor ekonomi kembali pulih dan dapat beroperasi seperti biasa,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast