Pemilik Restoran Samudra Anjung Patin Ville, Hishammuddin Hamzah.

KUALA LUMPUR – Restoran masakan ikan sungai tradisi Pahang Anjung Patin Ville di Kampung Bharu terus beroperasi meskipun dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

Pemiliknya, Hishammuddin Hamzah atau lebih dikenali sebagai Hisham berkata, walaupun tidak boleh makan secara dine in  tetapi beliau tetap menerima tempahan para pelanggannya setiap hari.

Pemilik Restoran Anjung Patin Ville, Hishammudin Hamzah bersama menu masakan ikan sungai eksotik di Kampung Bharu, Kuala Lumpur.

Cuma mereka membuat pesanan dengan menggunakan khidmat runner atau P- Hailing.

“Alhamdulillah, walaupun dalam suasana PKP restoran kami tetap dibuka seperti biasa. Kalau dulu semua yang datang boleh menikmati hidangan bersama keluarga atau rakan tetapi suasana seperti itu boleh sahaja dirasai di rumah masing-masing dengan hanya menempah masakan sungai kami.

Restoran Anjung Patin Ville mengunakan khidmat penghantar makanan ke rumah pelanggan.

“Ia kini dihantar ke pintu rumah pelanggan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurut Hisham, tempahan boleh dibuat secara online menerusi website di www.SamudraPatin.com yang akan bermula hari ini.

Bagi mereka yang pertama kali mahu mencuba kelainan selera dengan menikmati keenakan masakan ikan sungai boleh menghubungi restoran tersebut yang terletak di No. 51, Lorong Khatib Koyan, Jalan Raja Abdullah di Kampung Bharu.

Tempahan untuk masakan juga boleh dibuat dengan menghubungi Hishamuddin di talian 019-6076737.

Pelanggan juga boleh membuat tempahan dengan menggunakan khidmat penghantar makanan ataupun pihak restoran namun ia bergantung kepada kuantiti tempahan yang dibuat. – MalaysiaGazette