The man who hit his pregnant wife until she fell into coma at their house in Larkin, Johor was charged at the Magistrate Court this morning.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang memukul isterinya ketika sedang hamil hingga koma dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, pagi ini.

Tertuduh tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi mengenakan sweater bewarna kelabu itu didakwa memukul isterinya sehingga koma di rumah mereka di Larkin, Johor, awal bulan lalu.

Beliau yang berusia 38 tahun ditahan polis pada 12 Jun lalu selepas diburu hampir sebulan.

Difahamkan tertuduh disyaki memukul isterinya hingga parah dan mengakibatkan kecederaan di bahagian kepala dan tengkorak, dengan rahang, tulang belakang serta rusuknya retakĀ  pada 4 Mei lalu.

Polis kemudian mengedarkan gambar dan maklumat peribadi suspek.

Mangsa yang merupakan seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan di Johor dilaporkan berada di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Wanita itu dibenarkan pulang ke rumah keluarganya di Sungai Udang, Melaka pada 30 Mei lalu, selepas dirawat di hospital selama 27 hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.-Malaysiagazette