KUALA LUMPUR – Jumlah kes positif harian Covid-19 di negara ini bertambah kepada 5,293 kes setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan angka keseluruhan 696,408 kes.
Kementerian Kesihatan berkata, Perlis kekal sebagai negeri yang merekodkan kes paling rendah dengan dua kes hari ini, diikuti Putrajaya (4).
Manakala Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,680 kes.
Kes kedua tertinggi ialah Negeri Sembilan dengan 693, Sarawak 661 dan Johor 627.
Kuala Lumpur pula 379 dan Perak 205 kes.
Negeri-negeri lain pula merekodkan sekitar 100 kes. – MalaysiaGazette
kes akan masih sama, kata total lockdown. tapi banyak sektor dibuka, bila kes naik rakyat disalahkan. takan jadi apa apa kalau kilang dibuka.. buat la lockdown setahun pun kes masih sama dan meningkat.