Nabila Huda.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Nabila Huda membidas tindakan segelintir netizen yang gemar menyindir mengenai saiz badannya ketika ini.

Menerusi Instagram miliknya, ibu kepada seorang anak turut memberi amaran keras terhadap mereka yang gemar berbuat demikian kerana ia merupakan perkara sensitif.

“Saya bagi amaran keras kepada whoever yang suka compare pasal size badan ni. You Better Stop kalau taknak saya keluarkan kata-kata kesat yang boleh menyakiti hati anda dan keluarga anda.

I can you know..You don’t know me! I cakap on behalf semua wanita dan lelaki yang lalui benda ni..” tegasnya.

Pada masa sama, Nabila menyatakan setiap orang mempunyai kecantikan masing-masing dengan cara-cara yang tersendiri.

“Tak kira la macamana rupa kite, rambut kite, kulit kite, bentuk badan kite, EVERYONE IS BEAUTIFUL IN THEIR OWN WAY!

Stop comparing, stop judging! That’s not nice you know..” ujarnya.

Nabila turut meminta masyarakat supaya berhenti daripada sewenang-wenangnya membuat perbandingan tentang fizikal orang lain.

“Tidak kira macam mana rupa kita, rambut kita, kulit kita dan bentuk badan kita, setiap orang dilahirkan cantik dengan cara mereka sendiri. Berhenti membanding-bandingkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nabila atau nama penuhnya Nabila Huda Suhaimi, 36, turut menyenaraikan beberapa kelebihan yang ada dalam hidupnya walaupun mengakui kini berbadan gemuk.

“Saya gemuk, tapi saya berkahwin, ada suami dan anak. Saya ada rumah, boleh memasak, bahagia, ada kerjaya.

“Saya adalah pemenang aktres terbaik, kulit saya cantik, saya ketawa siang dan malam, hidung saya mancung, bibir saya seksi dan saya dilahirkan popular,” tulisnya dalam Instagram.

Tambahnya lagi, dia turut memiliki tujuh ekor kucing, dua buah kereta dan motosikal serta disayangi semua orang.

“Bapa saya Amy Search (penyanyi terkenal). Awak ada? Awak tidak ada apa-apa,” katanya.

Perkongsian Nabila itu turut mendapat perhatian dan sokongan oleh rakan-rakan selebriti lain antaranya Erma Fatima, Shima Anuar, Daiyan Trisha, Mona Allen, Ika Nabella, Fizo Omar dan Adeline Tsen. – MalaysiaGazette