Negara kekal mencatatkan kes harian baharu Covid-19 melebihi 5,000 hari ini apabila sebanyak 5,812 kes baharu dilaporkan.- Facebook KKM.

KUALA LUMPUR – Negara kekal mencatatkan kes harian baharu Covid-19 melebihi 5,000 hari ini apabila sebanyak 5,812 kes baharu dilaporkan.

Ia menjadikan jumlah kes positif kini mencecah 722,659.

Semalam, Malaysia merekodkan peningkatan jangkitan Covid-19 sebanyak 5,841 kes direkodkan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan sebanyak 2,187 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 771 kes dan Sarawak sebanyak 673 kes.

Seterusnya, Negeri Sembilan (658 kes), Pulau Pinang (270 kes), Melaka (223 kes), Johor (196 kes), Kedah (186 kes), Sabah (156 kes), Pahang (139 kes) dan Labuan (123 kes).

Negeri lain adalah Kelantan (98 kes), Perak (72 kes), Terengganu (46 kes), Putrajaya (14 kes) manakala, tiada jangkitan baharu di Perlis, katanya pada laman sosial Facebooknya hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast