Noriha Muhammad

TANJUNG MALIM –¬†Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan perkhidmatan Perpustakaan Digital kepada bukan sahaja mahasiswa malah masyarakat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung sekarang.

Menurut Pemangku Ketua Pustakawan, Noriha Muhammad kekangan pembelajaran
dalam tempoh kemelut COVID-19 mendorong Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB),
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyediakan kemudahan perkhidmatan
Perpustakaan Digital.

Norihan berkata, semua pelajar universiti malah orang awam kini boleh mengakses secara percuma semua kandungan digital yang terdapat di dalam UPSI Digital Repository (UDRep) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0)
atau 'Total Lockdown' yang ditawarkan melalui Perpustakaan Digital UPSI.

Jumlah bahan yang terdapat di dalam UPSI Digital Repository (UDRep) sehingga kini adalah sebanyak 4,297 judul yang terdiri daripada tesis pelajar siswazah master dan PhD, artikel jurnal, hasil penyelidikan pensyarah, seksyen buku, kertas persidangan, buku, laporan tahunan dan projek tahun akhir.

Noriha berkata,  akses penuh kandungan digital tersebut bukan sahaja boleh diakses oleh
pelajar universiti di Malaysia, tetapi ia turut boleh diakses oleh pelajar universiti secara
global.

Akses penuh itu, katanya, membolehkan semua pelajar universiti menggunakan bahan-
bahan digital tersebut untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan sepanjang tempoh
pandemik dengan melayari laman web di https://ir.upsi.edu.my.

Selain itu pelajar juga boleh mengakses laman web Perpustakaan Tuanku
Bainun di https://pustaka.upsi.edu.my, pautan kepada bahan-bahan bacaan secara
percuma juga disediakan bagi memudahkan pengguna mendapatkan lebih pilihan
maklumat.

PTB, katanya, akan sentiasa berusaha menyediakan maklumat digital menerusi
Perpustakaan Digital UPSI demi memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua. – MalaysiaGazette