A Covid-19 body is laid to rest at Bliss Gardens Memorial Park, Selangor. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 08 JUNE 2021. Covid-19 deaths death
A Covid-19 body is laid to rest at Bliss Gardens Memorial Park, Selangor. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 08 JUNE 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 60 lagi kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia kini sebanyak 4,944 kes.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan jumlah sebanyak 61,395 kes.

“Terdapat 886 pesakit menerima rawatan di Pusat Rawatan Rapi (ICU) dengan 446 kes memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, sebanyak 4,777 kes yang sembuh sepenuhnya menjadikan jumlah pulih daripada Covid-19 iaitu 667,709 kes.

Terdahulu hari ini, beliau memaklumkan, sebanya 5,586 kes positif baharu Covid-19 dikesan di seluruh negara hari ini.

Daripada jumlah katanya, 5,583 merupakan kes tempatan manakala tiga lagi adalah kes import. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Covid-19: 5,586 kes positif, Selangor kekal tertinggi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast