Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kenyataan perenggan pertama dalam kenyataan media oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bertajuk healthcare is colour blind bukan pendirian Kementerian Kesihatan (KKM).

Sebaliknya, ia merupakan petikan yang dibuat oleh Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia dan Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia menerusi keratan akhbar tersebut, kata Ketua Setusaha KKM, Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Menurutnya, KKM ingin menjelaskan kekeliruan dan salah tafsiran berkaitan kernyataan tersebut dan menolak unsur perkauman dan keagamaan dalam pemilihan dan pelantikan pegawai perubatan secara tetap.

“Penjelasan KKM mengenai isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua persatuan berkenaan dibuat mulai perenggan kedua dalam kenyataan media tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap penjelasan itu dapat memperbetulkan kekeliruan dan salah tafsiran semua pihak mengenai ketelusan dan integriti KKM dalam menguruskan pelantikan secara tetap Pegawai Perubatan yang selama ini dibuat berasaskan merit dan prestasi semasa latihan siswazah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast