Foto Instagram Sari Yanti.

KUALA LUMPUR – Pelakon Sari Yanti akhirnya mendedahkan nama dan wajah anaknya selepas hampir dua bulan bersalin.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelawak Jep Sepahtu menerusi Instagram miliknya.

“Assalammualaikum semua 🙋‍♂️. Nama saya Abu Bakr bin Mohd Nadzri.

“Introducing my No 5,” ujarnya yang telah melahiran anak kelima pada 15 Mei lalu.

Ia merupakan kelahiran cahaya mata yang kelima buat Sari, manakala yang ketiga buat Jep.

Sebelum ini, Sari telah dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. – MalaysiaGazette