KUALA LUMPIUR – Angka korban akibat Covid-19 bertambah lagi dengan hari ini 77 kematian dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat wabak tersebut sebanyak 5,574 kes.
Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 yang direkodkan hari ini pula sebanyak, 69,447 kes.
“Jumlah yang dimasukkan ke ICU juga meningkat iaitu 923 dengan 433 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dr. Noor Hisham berkata, kes sembuh baharu pula merekodkan bilangan sebanyak 4,532 kes menjadikan keseluruhan yang pulih daripada Covid-19 iaitu 710,018 kes.
Terdahulu hari ini, beliau memaklumkan sebanyak 6,387 kes positif baharu dilaporkan diseluruh negara.
Daripada jumlah itu, 6,361 kes merupakan penularan tempatan manakala, 26 lagi import. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: