Ketika negara digambarkan kritikal kerana lonjakan kes positif Covid-19 di Lembah Klang - prestasi ekonomi sebenarnya masih berjalan dengan lancar.- Gambar hiasan.

KUAL ALUMPUR – Top Glove Corp Bhd., telah menghentikan operasi kilang di Klang kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa daerah di Selangor.

Pengilang sarung tangan terbesar dunia itu berkata, pihaknya kini sedang menunggu penjelasan daripada Majlis Keselamatan Negara.

“Syarikat berharap dapat meneruskan operasi dengan selamat pada waktu yang sesuai dan terus menghasilkan sarung tangan perubatan yang sangat diperlukan untuk barisan hadapan dan pekerja penjagaan kesihatan di Malaysia dan global,” katanya.

Dalam kenyataan di sini, Top Glove berkata, syarikat itu mengekalkan pematuhan peraturan dan undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Ia turut menyatakan komitmen untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja dan masyarakat di kawasan operasinya.

Mulai 3 Julai lalu, kerajaan melaksanakan PKPD di 34 daerah Selangor dan 14 kawasan di Kiuala Lumpur.

PKPD itu sehingga 16 Julai ini.

Semalam, sebuah portal melaporkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengarahkan operasi Top Glove di Klang dihentikan selepas surat kebenaran ditarik balik.

Ini kerana operasi kilang itu tidak termasuk dalam senarai perkhidmatan penting dalam SOP MKN dan terletak di kawasan PKPD. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast