Kenderaan yang dipercayai membawa seorang menteri bergerak keluar dari kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya pada petang ini.

Kenderaan yang membawa menteri itu tiba pada pukul 5.05 petang.

Turut kelihatan dua buah kereta yang membawa timbalan menteri.

Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan merupakan antara menteri yang mengadakan pertemuan dengan  Perdana Menteri.

Turut hadir Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

Pertemuan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan keputusan UMNO untuk menarik balik sokongan Muhyiddin. – MalaysiaGazette