updating MySejahtera Ismail Sabri Yaakob Sulu Sultan Sabah claims
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Sebanyak 56 kilang, perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh daripada segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.

“Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah menyerbu dan memeriksa 2,859 buah kilang, 16,743 premis perniagaan, 907 tapak pembinaan dan 394 buah asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, sebanyak 90,303 pemeriksaan dan serbuan mengejut di seluruh negara semalam.

Tambah beliau, ia melibatkan 20,413 anggota dan pegawai agensi penguatkuasa bersepadu keselamatan. – MalaysiaGazette