Sharnaaz Ahmad.

KUALA LUMPUR – Kempen bendera putih yang dilancarkan oleh netizen turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi bantuan.

Terbaharu, menerusi satu perkongsian Sharnaaz memaklumkan akan membantu 400 keluarga yang menaikkan bendera putih di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam hantaran sama, Sharnaaz juga mencari sukarelawan untuk mengambil dan mengagihkan bantuan tersebut kepada keluarga memerlukan secara ikhlas.

Bapa tunggal itu turut menunjukkan bukti duit sumbangan dan jumlah pembelian barangan tersebut.

Antara barangan asas yang dibeli adalah susu tepung, lampin pakai buang, beras, gula dan biskut.

Sharnaaz juga turut meminta orang ramai supaya peka dengan keadaan sekeliling dan memaklumkan kepadanya sekiranya ternampak bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan. – MalaysiaGazette