Roti sandwic artisan menggabungkan tradisi penghasilan roti Massimo bersama rasa barli yang unik serta khasiat nutrisi.

KUALA LUMPUR – The Italian Baker Sdn. Bhd., pembuat roti dan kek jenama Massimo telah mencipta roti multigrain artisan dengan gabungan berkhasiat barli premium Kanada, flaxseed, biji chia, biji bunga matahari dan bijan hitam yang kaya dengan vitamin dan mineral.

Dikenali Roti Benih Multigrain Dengan Barli (Seeded Multigrain with Barley) Massimo, ia yang ditawarkan untuk tempoh terhad menggandingkan isi padat lagi lembut dan ijbijirin ranggup yang enak.  

Sementara Massimo mempunyai pelbagai pilihan roti sandwic enak lagi berkhasiat seperti Roti Sandwic dengan Germa Gandum (Sandwich Loaf with Wheat Germ), Roti Gandum Penuh 100% (100% Wholewheat Loaf), Roti Fine Wholemeal (Fine Wholemeal Loaf), jenama tersebut ingin memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan termasuk memperkenalkan roti-roti artisan tradisional dan pilihan pelbagai bijirin yang lebih bermanfaat untuk kesihatan. 

Pengerusi The Italian Baker Sdn. Bhd., Jeremy Goon berkata, pihaknya amat teruja  memperkenalkan roti sandwic artisan untuk julung kali kerana ia menggabungkan tradisi penghasilan roti Massimo bersama rasa barli yang unik serta khasiat nutrisi barli yang telah dikaji secara terperinci.

Jelas beliau, Barli tergolong antara super food, kaya dengan serat yang mempunyai kandungan tinggi bahan antioksidan tokotrienol dan beta-glukan yang boleh mengurangkan kolesterol.

Menurutnya, pengambilan barli sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan sihat telah menunjukkan dapat mengukuhkan sistem imun badan, membantu dalam pengurusan berat badan, melancarkan sistem penghadaman serta membantu kesihatan usus, merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta melindungi daripada penyakit diabetes.

“Roti yang diperbuat daripada barli  mempunyai sejarah purba di Timur Tengah, di mana ia dianggap sebagai  makanan ruji. 

“Semenjak pandemik Covid-19 melanda, pengambilan roti semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia, yang kebanyakan berada di rumah sebagai langkah untuk melindungi diri mereka dan keluarga tersayang.

“Mengamalkan diet yang berkhasiat sangatlah penting demi mengekalkan kesihatan, terutamanya pada masa kini bila kita lebih kerap makan kerana berada di rumah. 

“Oleh demikian, pembuat roti, saintis makanan, pakar pemakanan serta pasukan penyelidikan dan pembangunan kami telah bekerjasama untuk mengembangkan roti multigrain artisan pertama kami dengan mengimbangkan keperluan nutrisi dan keenakan rasa dengan teliti,” katanya.

Jeremy Goon.

Jeremy menambah, pasukan Massimo telah mengumpul dan menganalisis data pengguna yang relevan serta  pembelajaran utama daripada Perintah Kawalan Pergerakan pertama (PKP 1.0), serta daripada pelbagai statistik kesihatan rakyat Malaysia termasuk Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi  (NHMS) 2019.

Roti Benih Multigrain Dengan Barli (Seeded Multigrain with Barley) Massimo.

Katanya, Roti Benih Multigrain Dengan Barli Massimo telah dikembangkan untuk  memupuk tabiat pemakanan yang lebih sihat, serta  memberikan kepuasan selera dan cita rasa rakyat Malaysia. 

Sementara itu, sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Massimo telah menjadi makanan harian rakyat Malaysia dengan menyediakan kepelbagaian pilihan roti yang menerajui kebaikan menyeluruh.

Roti Massimo terkenal dengan rasanya yang enak lagi berkhasiat, berasaskan penggunaan bahan-bahan bermutu tinggi dengan jaminan kualiti yang ketat untuk kepuasan pengguna, sementara innovasi pengedap keselamatan Tamper-Evident jenama ini memberi ketenangan kepada para pengguna.

Roti Benih Multigrain Dengan Barli Massimo seberat 360 gram, yang merupakan pilihan ideal untuk sandwic, roti bakar atau dimakan begitu sahaja, ia boleh didapati di kebanyakan peruncit seluruh negara pada harga RM4.90 setiap pek.

Ditawarkan untuk tempoh terhad, jangan lepaskan peluang untuk menikmati kepingan penuh kebaikan ini. – MalaysiaGazette