Salah seorang sukarelawan PEPIAS menghantar barangan kepada penerima bantuan.

KUALA LUMPUR – Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan semua daerah di Selangor, ramai yang ikut terjejas termasuklah individu berkeluarga, bujang dan juga mahasiswa yang terkandas di universiti awam.

Keadaan ekonomi yang mendesak telah pun membuatkan banyak individu menghadapi pengurangan pendapatan bulanan dan malah ada yang dibuang kerja.

Justeru, Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dengan penuh tekad mengambil inisiatif menjalankan Misi Bantuan PEPIAS untuk membantu masyarakat yang terjejas keperluan harian mereka disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku tanpa mengira bangsa atau agama.

Misi ini dijalankan sepenuhnya oleh mahasiswa-mahasiswa di sekitar Selangor dan berpusat di Sekretariat PEPIAS di Kampung Changkat, Gombak.

Usaha ini digerakkan bersama dengan beberapa rakan NGO yang lain yang turut sama
prihatin dengan isu yang berlaku dalam masyarakat berikut PKP.

Misi ini adalah hasil dari pengumpulan dana kewangan daripada orang ramai.

Sebanyak RM83,950.00 telah berjaya dalam masa yang singkat.

Hasil sumbangan orang ramai yang prihatin telah membantu PEPIAS mencapai jumlah dana yang disasarkan untuk disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Misi Bantuan PEPIAS ini telah memberi manfaat kepada 1,679 buah keluarga yang
menetap di daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat. Hulu Langat dan Klang bagi membantu meringankan perbelanjaan makanan harian mereka. – MalaysiaGazette