Muhammad Sanusi Md Nor

GEORGE TOWN – Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor akan dikenakan kompaun berhubung kes memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, di dekat sini, pada 5 Jun lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya telah menerima arahan lanjut berhubung siasatan kes berkenaan dan kompaun akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Artikel berkaitan: 

“Pengesahan arahan (kompaun) telah diterima dan akan disampaikan kepada pejabat menteri besar (Kedah) dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, komuniti media sosial kecoh susulan penularan gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta, sedangkan ketika itu negara berada di bawah sekatan pergerakan penuh, dan pusat jualan kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.

— BERNAMA