Kerja pemasangan kawat berduri akan dilakukan di beberapa kawasan yang akan dikenakan PKPD Rabu ini.

KUANTAN – Para majikan diminta memahami keadaan semasa pekerja yang terlibat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisoner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pekerja seharusnya memaklumkan segera kepada majikan jika terkesan dengan PKPD dan majikan pula perlu bertindak bijak.

“Mesti bertolak ansur dengan kakitangan yang tinggal di kawasan PKPD, mereka dikecualikan dan hanya memanggil pekerja dalam ‘critical post’ memerlukan mereka hadir bekerja.

Pemantauan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan bersama pasukan ATM, dan Pejabat Daerah Kuantan

“SOP yang ditetapkan juga dipertanggungjawab melibatkan kesihatan protokol dan peratusan kehadiran ke pejabat termasuk ujian calit perlu dilakukan,” katanya ketika membuat tinjauan di kawasan Sg. Isap yang dikenakan PKPD sehingga 31 Julai ini.

Menurut Mohamad Noor, kebenaran pergerakan hanya diberkan kepada perkhidmatan penting sektor keselamatan dan kesihatan selain mereka yang mahu mendapatkan rawatan.

Kawad duri dipasang di sekitar Sg. Isap oleh pasukan ATM

ARTIKEL BERKAITAN :

Tujuh mukim di Kuantan tamat PKPD tengah malam ini

Permohonan rentas negeri di IPD Kuantan meningkat

Sementara itu, beliau memberitahu, seramai 18,800 penduduk di sekitar Sungai yang merangkumi kawasan seluas 9 kilometer persegi itu terlibat dengan PKPD.

Pos Kawalan utama masuk di Sg Isap dikawal rapi

Katanya, penduduk di Sungai Isap itu tidak sepatutnya menghadapi kesulitan mendapatkan barangan keperluan dapur kerana kawasan itu mempunyai pasar raya dan kedai runcit selain mempunyai klinik bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan.

Sementara itu, Mohamad Noor berkata, seramai 14 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan disahkan positif Covid-19 dan 88 lagi masih dikurantin.

Tambah beliau, seorang daripada anggota polis itu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. – MalaysiaGazatte