Pengarah SKMM Kelantan, Abdul Mubin Mohd Zain (kiri) dan wakil Redtone Pantai Timur, Zulkifli Nawi (kanan) sedang berbincang dan meninjau keadaan struktur menara komunikasi di Kg. Gelong Badak, Bachok, yang tumbang ekoran cuaca buruk.

KUALA LUMPUR – Sebuah menara milik Redtone yang dikongsi bersama dengan Celcom, Digi dan Maxis telah tumbang dipercayai akibat kejadian hujan lebat dan angin kencang di Kg. Gelong Badak, Bachok pada Khamis lalu sekitar jam 7 petang.

Ekoran daripada kejadian tersebut, gangguan liputan komunikasi dan Internet dijangka berlaku bagi pelanggan Celcom, Digi dan Maxis di kawasan sekitarnya.

Lantaran itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Redtone telah turun ke lokasi pagi semalam bagi menjalankan siasatan lanjut selain mencari jalan penyelesaian segera untuk mengatasi masalah liputan yang terganggu akibat kejadian berkenaan.

Sebagai langkah awal, sebuah menara sementara Base Transceiver Station (BTS) akan didirikan di lokasi kejadian dengan secepat mungkin bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat buat sementara waktu.

Kerja-kerja memulihkan liputan dijangka siap selewat-lewatnya pada penghujung bulan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast