KUALA LUMPUR – Beberapa penumpang yang menaiki tren Transit Aliran Ringan (LRT) tergamam apabila pintu tren tersebut tiba-tiba terbuka ketika sedang bergerak.

Menerusi Twitter, pengguna laman sosial dengan nama akaun, @perksofbeingsxf, berkongsi paparan video berdurasi kurang 10 saat itu menunjukkan sebuah tren LRT yang bergerak dengan laju tanpa pintu tertutup.

Pemilik video itu yang merupakan seorang wanita sempat merakamkan aksi cemasnya ketika berada di dalam tren itu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3 petang semalam.

Tren tersebut dikatakan dalam perjalanan dari stesen Ara Damansara menuju ke stesen Lembah Subang.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu.

Video berkenaan mendapat kira-kira 171,000 tontonan sehingga pukul 3 petang hari ini dengan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast