Salah sebuah masjid di Cote d'Ivoire. foto Agensi

ABIDJAN – Masjid-masjid gaya Sudan di Cote d’Ivoire telah dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO semasa sesi ke-44 Jawatankuasa Warisan Dunia yang sedang berlangsung.

Penyenaraian itu menjadikan ia sebagai harta Afrika pertama yang tercantum dalam senarai berprestij itu.

Hartanah-hartanah ini lapan masjid kecil bercirikan seni bina khas Sudan yang dibangunkan sekitar abad ke-14 di bandar Djenné di Mali tengah, kata UNESCO.

Lapan masjid kecil di Tengrela, Kouto, Sorobango, Samatiguila, M’Bengue, Kong dan Kaouara itu mempunyai reka bentuk pembinaan Sudan yang berciri-cirikan kayu, dihiasi tembikar atau telur burung unta dan menara.

“Mereka menyajikan gaya seni bina sekitar abad ke-14 di kota Djenne, yang kemudian menjadi sebahagian dari Kerajaan Mali, yang berkembang maju dengan perdagangan emas dan garam di seluruh Sahara ke Afrika Utara,” katanya.

Lapan masjid dipilih dari 20 lain yang terletak di Cote d’Ivoire utara kerana nilai sejarah, budaya dan kerohanian. – MalaysiaGazette