PU Amin.

KUALA LUMPUR – Peserta program Pencetus Ummah (PU), Amin membidas sikap segelintir rakyat yang tidak simpati terhadap Ketua Pengarah Kesihatan (KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang bekerja-keras membendung penularan Covid-19.

Tegas beliau, rakyat seharusnya bersatu hati dan berganding bahu lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai pengaruh kuat di media sosial atau pengikut tersendiri.

“Dr. Noor Hisham bergadai nyawa, berkorban masa dan tenaga untuk bantu kita semua rakyat Malaysia agar berjaya melawan Covid 19. Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia yang matang dan berbudi wajib menyokong dan bersatu padu untuk hapuskan Covid-19.

“Ini bukan drama petang-petang boleh minta letak jawatan begitu sahaja. Gunakanlah pengaruh dan nama untuk mendidik masyarakat.

“Semoga Allah SWT memelihara Dr. Noor Hisham dan memberi kekuatan kepada barisan hadapan dalam berjihad melawan musuh (Covid-19) negara ini. Semoga Allah memberi jalan petunjuk dan kebaikan buat kita semua,” katanya.

Coretan PU Amin itu dimuat naik bersama tangkap layar artikel yang menulis tentang pelakon Rita Rudaini dan Lana Nodin menggesa ketua KKM untuk meletakkan jawatan. – MalaysiaGazette