KUALA LUMPUR – UMNO akan memanggil Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) petang esok, kata Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, mesyuarat secara atas talian itu untuk memperhalusi pendirian dan tindakan parti bagi mendepani situasi politik semasa.
Dalam kenyataan yang dimuatnaik menerusi Facebooknya, petang ini, beliau menjelaskan, UMNO amat prihatin dengan isu semasa yang berlaku.
“Terutama menyentuh krisis hubungan antara Istana dan kerajaan, pencabulan terhadap Kedaulatan Institusi Raja, Keluhuran Perlembagaan dan pemandulan terhadap amalan demokrasi berparlimen,” katanya. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: