Kenderaan Vellfire membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun masuk ke ke kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tepat jam 8.20 malam tadi.

KUALA LUMPUR – Keadaan sunyi kawasan kediaman peribadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jalan Setia Bakti 6 hari ini bertukar sibuk selepas  penarikan sokongan UMNO terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Selepas pukul 6. 30 petang, kenderaan membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sampai ke kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Kemudiannya sebelah malam, kenderaan membawa  Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga kelihatan memasuki kediaman Muhyiddin.

Difahamkan mereka hadir bagi mengadakan perjumpaan bagi membincangkan isu politik semasa selepas keputusan UMNO.

Turut hadir Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran hadir pukul 8.55 malam.

Naib Presiden Bersatu, Datuk seri Ronald Kiandee turut memasuki kediaman Muhyiddin.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin merangkap Setiausaha Agung Bersatu dan PN juga dilihat memasuki kediaman yang sama.

Selain itu tiga lagi anggota Kabinet iaitu Datuk Radzi Jidin, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut hadir menyertai perjumpaan malam ini.

Muhyiddin dilihat pulang ke kediamannya di Bukit Damansara dari pejabatnya di Putrajaya pada pukul 5. 40 petang tadi selepas keluar dari rumah pukul 10.05 pagi.

Pejabatnya hari initelah mengeluarkan kenyataan media berkaitan soal Ordinan Darurat.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Muhyiddin hilang majoriti, surat akuan sokongan sudah dihantar ke Istana – Zahid