DHAKA – Sekurang-kurangnya 17 orang yang menghadiri majlis perkahwinan maut selepas disambar petir.

Manakala seramai 14 orang lagi termasuk pengantin lelaki cedera.

Pengantin perempuan tidak bersama dalam majlis itu.

Kejadian itu berlaku ketika rombongan tersebut berada di atas bot di tepi sungai di bandar Shibganj ketika rombongan pengantin lelaki menuju ke rumah pengantin perempuan.

Pada tahun 2016, Bangladesh menyatakan kilat sebagai bencana alam apabila lebih dari 200 orang mati pada bulan Mei sahaja, termasuk 82 orang pada satu hari.

Pakar mengatakan penebangan hutan telah menjadi punca meningkatnya jumlah serangan kilat kerana alam kehilangan banyak pokok tinggi. – BBC