KUALA LUMPUR – Harapan ratu terjun negara, Pandalela Rinong untuk menyumbang pingat dalam acara 10 meter platform individu wanita pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian hari ini.
Beliau hanya mampu meraih 18 mata pada terjunan pertamanya selepas kakinya terkena pada papan platform dan melakukan ‘entry’ kurang kemas.
Namun Pandelala cuba membangkit pada terjunan kedua yang mana dia mencatatkan 71.05 mata diikuri 60.80 mata pada terjunan ketiga.
Pada terjunan keempat dan kelima anak kelahiran Sarawak itu memperolehi 52.80 dan 43.20 mata di Pusat Akuatik Tokyo yang menyaksikan beliau menduduki tempat terakhir daripada 12 penerjun dengan 245.85 mata.
Penerjun China menguasai acara ini apabila Quan Hongchan yang berusia 14 tahun menang pingat emas dalam penampilan sulung dengan memungut 466.20 mata manakala rakan senegaranya, Chen Yuxi meraih perak dengan 425.40 mata.
Penerjun Australia, Melissa Wu, pula memenagi pingat gangsa selepas mengumpul 371.40 mata. – MalaysiaGazette