Muhammad Shah Firdaus Sahrom

KUALA LUMPUR – Hasrat pelumba trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk layak ke separuh akhir acara keirin tidak kesampaian apabila terkandas di suku akhir hari ini.

Menerusi acara yang berlangsung di Velodrom Izu, Shah yang beraksi di saringan kedua suku akhir pada mulanya dilihat mampu memberi saingan.

Bagaimanapun, dia terpaksa akur apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam.

Hanya empat pelumba layak ke separuh akhir.

Namun, ia masih lagi aksi terpuji buat Shah yang tetap meneruskan perlumbaan hari ini selepas terbabit dengan kemalangan apabila dihimpit pelumba Britain, Jack Carlin semalam sehingga menyaksikan perlumbaan saringan kedua terpaksa dimulakan semula.

Dia bangkit mempamerkan kayuhan bertenaga pada perlumbaan repecharge sebelum menamatkan perlumbaan berkenaan di tempat kedua untuk layak ke suku akhir.

Hanya empat pelumba layak ke separuh akhir iaitu Nicholas Paul (Trinidad & Tobago), Jack Carlin (Britain), Jair Tjon En Fa (Suriname) dan Maximilian Levy (Jerman). – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Olimpik: Saya akan beraksi esok – Shah Firdaus