KUALA LUMPUR – Pemuda Amanah Nasional menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kelonggaran kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin sebagai polisi perangkap maut.
Naib Ketuanya, Kevin Shawn Gomez berkata, tindakan itu sebagai satu penggubalan polisi yang lebih ekonomik-sentrik berbanding kesihatan-sentrik.
Kata beliau, kerajaan hanya mengambil kira kepentingan untuk merancakkan kembali ekonomi negara yang semakin merudum.
“Tindakan ini sebenarnya memberi kesan kepada sistem kesihatan negara secara menyeluruh dan boleh dianggap sebagai polisi perangkap maut.
“Antara yang membimbangkan adalah keputusan membenarkan kuarantin kendiri bagi warga negara dan bukan warga negara yang pulang dari luar negara.
“Apa kerajaan sudah lupa bagaimana Kluster Sivagangga, sejenis varian ‘super-spreader’ yang melumpuhkan seluruh Kedah berlaku akibat kuarantin kendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kevin berkata, individu yang sudah lengkap dua dos tidak semestinya telah imun dari virus Covid-19.
Menurutnya, kalau sudah imun, mengapa perlu mematuhi arahan memakai pelitup muka, penjarakan sosial dan lain-lain prosedur operasi standard (SOP)?
Lebih ramai bebas berkeliaran tanpa mematuhi SOP, akan menyebabkan penularan berterusan virus itu yang sudah menjangkiti 1.2 juta rakyat.
“Wajib diingatkan virus ini seperti mana virus lain mempunyai kebolehan bermutasi dan ketahanan yang lebih tinggi berbanding varian sebelumnya dan menyebabkan kesan vaksin dalam menghalang penularan virus ini terhakis.
“Oleh itu, kerajaan wajar melihat angka 24, 34 dan 85 orang ‘Brought In Dead’ pada 6, 7 dan 8 Ogos lalu, apakah yang menyebabkan kematian berlaku di luar hospital dan pusat kuarantin.
“Sudahkah segala langkah berjaga-jaga telah diambil untuk mengelakkan keadaan ini berterusan?,” soal beliau.
Kata Kevin, segala keputusan dan penggubalan polisi berkait SOP wajib berdasarkan data dan sains serta nasihat daripada pakar kesihatan seluruh dunia, bukan sekadar bagi meraih populariti semata-mata.
Justeru, beliau menyeru kerajaan menyemak semula kemudahan yang diumumkan semalam dan lebih fokus membanteras Covid-19 yang sudah meragut 10,749 nyawa sehingga semalam. – MalaysiaGazette
putar belit suara KELING TAMIL….bila tutup perniagaan MENGAMUK…tiada pendapatan dan boleh gulung tikar.DENGAN ALASAN RAKYAT NAK MAKAN HIDUP macam mana…bila longgarkan sedikit dengan SOP KETAT …marah juga….jangan gelar diri amanah panggil je amNANAH
yang penting DISPLIN DIRI untu bersama pengorbanan FRONTLINERS….depan mata saya di pusat kuarantin penghuni2 masih BEBAS MEROKOK DAN TIADA JARAK DAN GUNA MASK….SALAHKAN KERAJAAN JUGA….PORAHHHH