KUALA LUMPUR – Ladang buah naga dan kilang perabot sekitar Port Dickson dan Kawasan Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan didapati melakukan penyambungan bekalan air terawat secara haram.

Kegiatan itu diketahui menerusi operasi yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) berdasarkan aduan.

Menurutn SPAN, hasil ujian klorin mendapati, ladang dan kilang tersebut mengambil bekalan air terawat yang dimiliki SAINS.

“Sambungan bekalan air tidak sah tersebut disyaki menyalurkan bekalan air ke kawasan berkenaan untuk kegunaan operasi dan aktiviti harian di kawasan tersebut,” kata SPAN menerusi kenyataan.

Susulan itu, SPAN telah mengeluarkan notis pemberitahuan kesalahan terhadap pemilik ladang dan kilang.

Dalam masa yang sama, pihak operator akan mengajukan tuntutan kerugian kepada kedua-dua pihak berkenaan.

Kes di siasat dibawah peruntukan Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Jika disabit kesalahan ladang buah naga dan kilang perabot berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Keuntungan yang dihasilkan dari kegiatan mencuri air PASTI BERNILAI RATUSAN RIBU atau JUTAAN RINGGIT bergantung kepada durasi aktiviti mencuri air terawat ini. Denda yang dikenakan HANYA RM100,000.00… Yang pastinya dapst dijana kurang dari SEBULAN. KOS PENYELENGGARAAN AIR TERAWAT INI SUDAH PASTI MELEBIHI denda yang dikenakan. DENDA YANG LEBIH TINGGI PATUT DIKENAKAN !!! dan yang LEBIH PENTING ADALAH HUKUMAN PENJARA MANDATORI MESTI DIKENAKAN DISAMPING DENDA untuk mengekang aktiviti ini. JANGAN BENAR SIFAT “ULTRAKIASU” ini mrnjadi NORMA HIDUP DI MALAYSIA

Comments are closed.