Wakil Kesatuan Melayu Islam Beraja (KMIB), Mohd Khan Atan berjalan keluar selepas menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai pertelingkahan parti politik perlu dihentikan di Pintu 3, Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Gabungan Kesatuan Melayu Islam Beraja (KMIB) menggesa agar kuasa raja-raja dikembalikan secara mutlak bagi mentadbir negara kerana ahli politik sudah hilang layak dan dilihat tidak kompeten untuk mentadbir negara.

Wakilnya, Mohd Khan Atan berkata, gabungan itu telah hilang kepercayaan dan keyakinan kepada parti-parti politik susulan perebutan kuasa terhadap pentadbiran negara

ketika pandemik Covid-19 sedang melanda ketika ini.

Katanya, sikap yang rakus terhadap kuasa pemerintahan sedikit sebanyak menunjukkan bahawa mereka tidak peduli kepada keselamatan serta kesejahteraan rakyat sebaliknya, hanya bemain politik.

“KMIB menggesa satu gencatan politik djalankan supaya kerajaan boleh menumpukan perhatian kepada program pemulihan negara.

“Perebutan kuasa ini hanya akan menjatuhkan keupayaan kerajaan dan pastinya kebajikan rakyat terkesan dan terjejas.

“KMIB menyarankan supaya semua ahli politik berganding bahu dan bekerjasama dalam memberi tumpuan terhadap memerangi Covid-19 dan membantu rakyat yang terkesan dengan wabak ini,” katanya kepada media hari ini.

Mohd Khan berkata, pihaknya turut menyarankan agar ahli politik membantu kerajaan dalam menjawab, menerangkan dan menjelaskan kepada rakyat isu wabak, isu vaksin dan semua isu yang terkait dengan Covid-19 supaya rakyat lebih memahami dan boleh memilih untuk membuat keputusan terbak untuk mereka dan keluarga masing-masing.

Dalam pada itu katanya, KMIB berpendapat bahawa toleransi beragama dalam membentuk masyarakat berbilang kaum telah gagal dan disebabkan itu semua rakyat perlu kembali kepada salah satu asas pembinaan negara menerusi Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan.

Ujarnya, satu kaedah juga perlu digubal dengan mengenakan tindakan keras kepada sesiapa sahaja yang telah melanggar perkara tersebut selain ahli politik yang gagal menghormati agama Islam sebagai agama rasmi, mereka tidak layak untuk membentuk kerajaan bagi mentadbir negara.

“Kami menyarankan supaya pemimpin masyarakat meletkkan kepimpinan nereka oada tahap tolerasni kaum yang tinggi dan berlandaskan kepada prinsip serta pemahaman Perlembagaan Persekutuan suaya aspirasi sau Malaysia dapat dicapai dengan jayanya,” katanya.

Wakil Kesatuan Melayu Islam Beraja (KMIB), Mohd Khan Atan bercakap kepada media selepas menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai pertelingkahan parti politik perlu dihentikan di Pintu 3, Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS 2021.

Sementara itu, beliau menggesa agar Polis Diraja Malaysia bertindak tegas terhadap peserta yang akan mengadakan Himpunan #Lawan pada 21 Ogos ini.

Katanya, selain peserta polis perlu menangkap penganjur perhimpunan tersebut kerana telah membuat sesuatu perkara diluar daripada batas yang sepatutnya.

“Kami tahu setiap perhimpunan yang dibuat pasti ada pemimpin politik dibelakangnya.

“Kita mahu polis bertegas dalam perkara ini bukan sekadar memberi amaran tetapi bertindak menangkap mereka. Kita membantah sekeras-kerasnya himpuna semacam itu sama seperti penganjuran perhinpunan baju hitam baru-bafru ini,” tambahnya.

Terdahulu, Mohd Khan atau lebih dikenali dengan nama Tok Cindai menghantar memorandum kepada Agong yang diterima oleh wakil Istana Negara.

Kehadiran beliau diiringi rombongan yang disertai kira-kira 50 ahli dari badan bukan kerajaan (NGO) dibawah KMIB dari seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. ….SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT….BOIKOT PRU ADALAH JALAN TERBAIK LANTARAN MP2 KHIANAT MANIFESTO DAN MANDAT RAKYAT YANG HANYA GILA KUASA DAN PANGKAT RASUAH PROJEK MASYUK

    HAK DAN KEBAJIKAN RAKYAT HANYA SOLEKAN UNTUK MERAIH UNDI MEREKA

Comments are closed.