Lelaki tempatan berusia 42 tahun maut ditembak semasa sedang memandu kenderaan pacuan empat roda SUV dalam kejadian petang tadi di Bukit Rahman Putra.

SHAH ALAM – Lelaki yang maut ditembak semasa memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh semalam mempunyai enam rekod jenayah sebelum ini.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, semakan polis mendapati antara rekod jenayah suspek berkaitan samun dan ugutan jenayah.

Katanya, pihak polis masih menyiasat penglibatan mangsa dalam kes tersebut dan aktiviti yang menyebabkan berlakunya tembakan tersebut.

“Mangsa berusia 42 tahun juga pernah menjadi antara individu dikehendaki polis sebelum ini,” katanya dalam sidang media secara maya mengenai kejayaan jenayah membanteras jenayah berkaitan dadah hari ini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut ditembak 4 das semasa memandu 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu insiden tembakan melibatkan seorang lelaki di Jalan BRP 2/1, Bukit Rahman Putra di sini semalam.

Ujarnya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dalam kes berkenaan.

“Tetapi kita menemui salah sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipercayai digunakan suspek keadaan telh dibakar pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi kejadian tersebut.

“Semakan polis mendapati kenderaan yang dibakar itu dicuri di Klang pada 2019.

“Selain itu, lokasi kejadian adalah berhampiran dengan rumah mangsa dengan hasil pemeriksaan mendapati empat das tembakan pada badan mangsa,” jelasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast