Dr. Asmadi Abdul Rahman

KUANTAN – Masyarakat yang terputus bekalan makanan di dalam Pahang boleh terus berhubung dengan ahli jawatankuasa masjid bagi memohon bantuan keperluan dapur.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Adat resam Melayu Pahang (MUIP), Dr. Asmadi Abdul Rahman berkata, mereka  juga boleh menghubungi pemimpin setempat seperti ketua kampung bagi mendapatkan bantuan.

Tambahnya, pelbagai saluran disediakan bagi memudahkan masyarakat untuk menghubungi kakitangan MUIP di setiap daerah selain daripada permohonan bantuan secara atas talian.

“Selain isi borang MUIP, boleh hubungi tok empat dan pegawai agama di masjid kariah kawasan tempat sendiri, yang penting maklumat sampai untuk dibantu.

ARTIKEL BERKAITAN :

MUIP belanja RM24.9 juta bantu lebih 58,000 penerima

MUIP agih dana pendidikan RM1.2 juta

MUIP agih RM10 juta kepada masjid, asnaf

“Kalau susah tiada makanan dan terkesan akibat pandemik, terus datang minta bantuan di masjid, tidak perlu hadir ke pejabat MUIP, boleh hubungi tok empat, hubungi MUIP hotline yang beroperasi 24 jam.

“Mereka yang kurantin juga dibantu akan dihantar bantuan asas makanan oleh ketua kampung.

“AJK masjid kena mesra rakyat sikit, bentindak macam Yang Berhormat kerana peruntukan sudah diberi makan segera diberikan.

Tedahulu, sebanyak 663 buah masjid termasuk surau kebenaran Jumaat terlibat dalam program Dapur Zakat bagi membekalkan bahan makanan asas dalam kawasan kariah masing-masing bermula Julai lalu hingga Disember ini dengan peruntukan sebanyak RM 5 juta.

Ianya juga sebagai menjunjung titah Pemangku Raja Pahang yang juga sebagai Yang Dipertua MUIP yang memahami dengan nasib rakyat di mana baginda menyarankan zakat menghidupkan masjid menjadi pusat aktiviti masyarakat.

MUIP sentiasa membantu aktiviti kemasyarakatan dalam menyokong aktiviti jualan ikan segar hari ini di Indera Mahkota 7, Kuantan.

Bukan itu sahaja, bahkan MUIP membantu semua golongan bangsa dan agama yang memerlukan bantuan.

“Bagi masyarakat bukan Islam guna, kita menggunakan dana  tabung amanah, manakala bantuan kepada orang Islam kita guna zakat.

“Tiada kata keramat lain selain daripada sabar, dan sebagai alternatif kena sebarkan maklumat bagaimana cara menghubungi MUIP.

“Jiran pun perlu memain peranan ambil berat orang keliling terjejas, perlu membantu dan cakna,” katanya – MalaysiaGazette