Kebakan di kilang Perindustrian Semambu, Kuantan berjaya dikawal oleh angoota pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang.

KUANTAN – Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya memadamkan kebakaran sebuah kilang industri dalam kejadian di Semambu, di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Pahang, PgKB I Ismail bin Abdul Ghani berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan memaklumkan tentang kebakaran Kilang Micro Estate Sdn. Bhd pada jam 10.57 pagi.

Bertindak atas maklumat tersebut Pusat Gerakan Operasi telah mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dan Balai Bomba Kuantan ke lokasi kejadian dengan kekuatan logistik tiga jentera, satu jentera tangki air dan satu  jentera EMRS.

“Pasukan pemadam terdiri daripada 35 pegawai bomba itu berjaya mengawal api marak melibatkan barang-barang industri yang terletak di bahagian belakang kilang.

“Kebakaran berlaku di kawasan terbuka dan turut menjejaskan sebahagian struktur kilang dengan anggaran kemusnahan sebanyak 5 peratus,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN :

Bomba California bertarung dengan Dixie Fire

8 jam bomba padam api gudang elektrik di Bukit Mertajam

Bomba bawa keluar mayat lelaki positif Covid-19 meninggal dunia di rumah

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang hari ini.

Tambah Ismail, anggaran keluasan kilang adalah 13,000 meter persegi dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Bagaimanapun nahas pagi tadi tidak melibatkan sebarang kemalangan nyawa. -MalaysiaGazette