Proses pengundian semula secara fizikal bagi Pemilihan PKR 2022 melibatkan cabang Tumpat, Ketereh, Bachok, Pengkalan Chepa, Gua Musang dan Tanah Merah berlangsung dengan lancar dan selesai tepat 5 petang ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Selepas berulang kali gagal menjadi Perdana Menteri, suara-suara tidak berpuas hati terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mula kedengaran dalam PKR.

Antaranya, mereka mahu Anwar berhenti memimpin barisan pembangkang, termasuk berhenti menjadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat.

Nanyang Siang Pau melaporkan, “tembakan” pertama telah dibunyikan seorang pemimpin PKR peringkat negeri di Pulau Pinang yang meluahkan perasaannya secara dalaman melalui aplikasi sembang berkumpulan.

Pemimpin itu berpendapat Anwar telah mengecewakan orang ramai dan rakan politik lain, malahan gagal menyatukan PKR secara dalaman sehingga menyebabkan ramai Ahli Parlimen yang bertanding atas tiket PKR telah melompat parti.

Suara “tembakan pertama” dari Pulau Pinang dilaporkan berasal daripada seorang pemimpin yang sebelum ini merupakan orang “kem Azmin” , jadi motifnya mengkritik Anwar telah dipertikaikan.

Bagaimanapun, terdapat juga suara dalam PKR yang mahu Anwar memberi laluan kepada pemimpin lain untuk meneraju barisan pembangkang.

Antara nama-nama yang disebutkan untuk ganti Anwar termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad (Pengerusi Pejuang), Lim Kit Siang (Pemimpin veteran DAP) dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Presiden Warisan).

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy dalam satu kenyataan berkata, Anwar tidak harus dipersalahkan selepas beliau gagal menjadi PM.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) perlu mengenal pasti kelemahan yang dan menyelesaikan isu kepimpinan masa depan. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. SAYA ANWARFIKUN ada 105 MP dan akan disokong LAGI 15 MP umNO yang berpaling tadah Sidang Media selepas ngadap YDPA 17/8 yakin kerusi Putrajaya dalam gengaman P unah H araPAN

    terimakasih ATAS sokongan BULAT-BULAT penipuan saya….INGAT MUNAFIK ingat ANWAR.

    “Kepercayaan ke atas ketua pembangkang yang calonkan oleh PH iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mampu mengumpul 92 SD sahaja berbanding 114 yang diperoleh oleh Datuk Seri Ismail Sabri,” katanya.

  2. Pkr ditubuhkan kerana Anwar, klu dh semua mintak dia berundur jdnya elok bubar jer lah pkr tu..‍♂️

Comments are closed.