KUALA LUMPUR – Sejak pandemik Covid-19 melanda negara awal tahun lalu, banyak industri ekonomi termasuk syarikat penerbangan ditutup selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.
Ekoran itu, ramai yang hilang pekerjaan dan pendapatan disebabkan majikan terpaksa gulung tikar selepas tidak dapat menjana keuntungan akibat tidak beroperasi untuk tempoh tertentu.
Shahrolnizam Peet, 31, adalah antara salah seorang pramugara yang menjadi mangsa keadaan selepas tiada penerbangan sejak 1 April tahun lalu.
Beliau sebelum berkhidmat selama 16 tahun berkhidmat di syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Kata anak bongsu empat beradik itu, pada mulanya, dia berasa tertekan dan hilang motivasi apabila mengetahui nasib dirinya yang tidak lagi mendapat gaji penuh dan hanya mendapat gaji asas sahaja.
Namun berbekalkan pengalaman pertama dibuang kerja pada 2010, Shahrolnizam perlahan-lahan mengatur perancangan dan enggan terus larut dalam kekecewaan.
Hanya bermula sebagai ejen produk sejuk beku kambing dan ayam di bawah jenama Mr Pepper, dia tidak menoleh ke belakang untuk menjadi stokis dua bulan kemudian sebelum kini bergelar master stokis
“Pencapaian terkini tahun ini apabila jumlah jualan menghampiri RM 70,000 sebulan. Alhamdulillah, hasil kejayaan ini membolehkan saya membuat simpanan di Amanah Saham Bumiputera sebanyak lima angka dan mempunyai ramai ejen yang dapat membina pendapatan bersama saya.
“Banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya walaupun ketika ini negara dilanda pandemik Covid-19 di mana ramai rakyat yang kehilangan atau terjejas pendapatan.
“Namun walaupun hanya bergelar master stokis dan bukannya pengasas produk, sebenarnya kita masih lagi boleh berjaya dalam perniagaan.
“Malah sebelum ini sebagai pramugara, pendapatan hanya cukup untuk saya seorang sahaja tetapi sekarang saya dapat membantu orang lain meningkatkan pendapatan sampingan mereka selain dapat bersedekah,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.
Mr Pepper merupakan jenama di bawah Mr Pepper Foods Sdn Bhd yang berjaya meningkatkan jumlah jualan daripada RM600,000 pada 2019 kepada RM3 juta tahun lalu.
Tahun ini, syarikat makanan sejuk beku itu menggandakan jualan dan menyasarkan hasil RM5 juta.
Mengulas lanjut, Shahrolnizam turut memberi nasihat kepada mereka yang terjejas pendapatan agar tidak duduk sahaja dan hanya mengenang nasib sedih yang berlaku ketika ini.
Sebaliknya lelaki kelahiran Kuching, Sarawak ini berkata, dia pernah menjual pelitup muka untuk mengambil peluang yang ada sebelum menyertai Mr Pepper.
“Akhirnya saya memilih Mr Pepper kerana saya percaya kepada pengasasnya, Mohamad Fahmy Jamil dan terus tidak membuang masa dengan memilih perniagaan ini secara serius.
“Saya percaya perniagaan makanan yang berkonsepkan penghantaran dan pembungkusan akan sentiasa ada permintaan orang ramai walaupun ketika pandemik Covid-19 ini,” katanya.
Mengenai perancangannya, Shahrolnizam menyasarkan seramai 300 agen di bawah rangkaiannya dengan jumlah jualan setiap bulan melebihi enam angka pada akhir tahun ini.
Beliau juga komited untuk membantu setiap ejen dengan membimbing mereka mengenai hala tuju yang tepat dalam perniagaan Mr Pepper.
Tambahnya lagi, bagi tahun 2022, beliau yakin dapat mencapai seramai 1,000 ejen dan memiliki gudang sendiri selain menubuhkan syarikat sendirian berhad.
“Pesanan saya mudah sahaja jika ingin menjadi ejen sesuatu produk. Kita perlu melihat kejayaan saya atau leader dan pengasas syarikat namun yang penting usaha sendiri daripada mereka berminat untuk mengubah hidup ketika pandemik ini.
“Saya telah membantu pasukan saya daripada kosong sehingga mereka berjaya dengan syarat mereka sentiasa konsisten dalam bisnes yang diceburi,” katanya.
Sementara itu, mereka yang berminat menjadi ejen Mr Pepper boleh menghubungi Shahrolnizam di talian +60148895782. – MalaysiaGazette