Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR – Sikap sesetengah pemimpin pembangkang tidak henti-henti berpolitik menyebabkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dirancang kerajaan terdahulu hilang fokus.

Ketua Armada Nasional, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kerajan Perikatan Nasional (PN) terpaksa berdepan dengan ‘konspirasi’ yang melambatkan keseluruhan PPN itu dilaksanakan.

Pembangkang sepatutnya memberikan idea kepada kerajaan untuk menggerakkan PPN khususnya melibatkan ekonomi, sektor sosial dan sebagainya.

“Di sinilah nilai tambah yang pembangkang boleh bawakan itu sangat-sangat dihargai,” katanya yang menjadi panelis program SkopMG bertajuk ‘Majlis Pemulihan Negara, Mana Mulanya? yang disiarkan secara langsung malam ini.

Mengulas lanjut, bekas timbalan menteri belia dan sukan itu berkata, pelan pemulihan yang ada perlu diikuti oleh semua pihak terutama rakyat kerana jika hanya pelan sahaja tanpa pelaksanaan, ia tidak berguna.

“Jadi kita kena semua, semua pihak perlu terlibat..Kita boleh tengok macam mana di Barat mereka menentang semua perkara itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal menegaskan, semua kementerian mempunyai pelan keluar daripada masalah yang sedang dihadapi ketika ini.

Beliau mengakui ada arahan oleh mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Kabinet kedua terakhir mewajibkan semua kementerian untuk berbuat demikian.

Perkara itu diputuskan agar semua pihak menyedari bahawa mereka perlu bersedia kemungkinan untuk hidup ‘bersama’ dengan virus Covid-19.

“Jadi, kalau pembangkang boleh memberikan pandangan yang konstruktif, saya yakin kita boleh ubah dasar-dasar yang sukar untuk dilaksanakan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal merasakan majoriti menteri kerajaan terdahulu akan dikekalkan di bawah Perdana Menteri baharu.

“Tapi kita sudah ada jambatan, kita sudah tukar kerajaan, kita sudah tukar Perdana Menteri.

“kita harap lepas Kabinet yang baharu ini dan rasa ramai menteri-menteri yang lama dikekalkan kerana mereka sudah ada momentum daripada segi gerak kerja, kita boleh keluar dari masalah ini,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Bekas Menteri Pakatan Harapan (PH), M. Kulasegaran mendakwa lima atau enam lagi ahli Parlimen akan menyokong Presiden PKR untuk diangkat sebagai Perdana Menteri baharu.

    Menurut Ahli Parlimen Ipoh Barat itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PH kini mempunyai 105 sokongan ahli-ahli Parlimen.
    yang asal 89 dan hantar SD 92…..8992……SeLEBIHnya KULA sudah LELONG RM30 JUTA

Comments are closed.