Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan keluar selepas mengadakan pertemua dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Perdana Putra Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2021.

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan untuk tidak menyulitkan keadaan semasa sidang Dewan Rakyat sekiranya usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berlaku.

Menurut pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia mengambilkira perkembangan terkini politik negara yang agak memihak kepada rakyat.

“Kita beritahu kalau suasana (politik negara) begini dan program-program agak pro rakyat kita tak akan persulitkan,” katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri di Perdana Putra hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berakhir satu jam setengah.

Sebelum itu, beberapa pihak antaranya Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menggesa undi percaya terhadap Ismail Sabri segera dilakukan di Parlimen pada kadar segera.

Tengku Razaleigh berkata, sekali pun Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu sudah dilakukan Ismail Sabri pada Sabtu lalu, namun, perkenan Yang di-Pertuan Agong itu hanyalah untuk satu ketika.

Malah Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut usul undi percaya terhadap Ismail Sabri masih perlu dilakukan walaupun telah mengangkat sumpah jawatan.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau tidak berminat untuk memegang apa-apa jawatan kerana ia tidak dibangkitkan oleh Ismail Sabri.

“Tidak berbangkit, saya tidak berminat (untuk pegang jawatan Kabinet). Saya tidak mahu isu dijadi isu, kita tak datang untuk meminta jawatan untuk kita, isu khusus soal ekonomi dan Covid-19.

“Kita akan ada mesyuarat susulan peringkat jawatankuasa yang dipengerusi wakil kita dan langkah yang perlu diambil supaya kedudukan PM dan kedudukan negra lebih terkawal, nyaman politiknya,” katanya merujuk kepada soalan media mengenai sekiranya beliau ditawarkan jawatan dalam kerajaan baharu kelak.

Sebelum ini, PH sebulat suara menolak pelawaan Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan saraan dan kemudahan kepada ketua pembangkang yang setara dengan menteri kanan.

Pelawan itu sekiranya majoriti ahli Parlimen bersetuju dengan cadangan rentas parti dan meluluskan usul undi percaya pada sidang Parlimen akan datang.

Ditanya sama ada isu Majlis Pemulihan Negara (MPN) ada dibincangkan dalam mesyuarat sama, Anwar hanya berkata, ia ‘tidak dibincangkan.”

Mengulas lanjut, Anwar berkata, perjumpaan dengan Ismail Sabri dilihat mampu untuk meredakan suhu politik negara yang semakin panas.

Ujarnya, hasil perbincangan itu mencerminkan bahawa persepsi ‘No Anwar, No DAP’ sudah berubah di mata kerajaan baharu.

“Ismail Sabri ini wakil UMNO dan dibincang dengan Anwar dan DAP, saya gurau dengan dia ‘No Anwar, No DAP’ nampak berubah, dia kata kerana semangat titah Agong untuk kerjasama semua pihak,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. majlis PUNAH HARA PAN dan PAKATAN HANCING menolak BULAT2 tawaran TSMY kerana satu penghinaan kepada mereka
    Saya banyak kali komen ALLAH AKAN MEMBALAS MEREKA YANG SOMBONG BONGKAK….TAHNIAH dah tersembam muka dan maruah NOMBOR 8992 baru tersedar
    rakyat tunggu dan lihat samada mereka seperti BEROK2 pada sidang parlimen akan datang
    ketua pembangkang patut dan wajib letak jawatan tersebut dan kerusi PD…akibat KEGAGALAN jadi p em…..sebagai pemimpin bertanggungjawab atau berjiwa kecuttt
    anwar bercakap dengar saja,,,percaya jangan….TUGAS pembangkang sentiasa mempersulitkan dan MENYALAHKAN…
    GAGAL setelah berusaha lebih MULIA daripada GAGAL banyak mengkritik tanpa solusi

  2. Bekas Menteri Pakatan Harapan (PH), M. Kulasegaran mendakwa lima atau enam lagi ahli Parlimen akan menyokong Presiden PKR untuk diangkat sebagai Perdana Menteri baharu.

    Menurut Ahli Parlimen Ipoh Barat itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PH kini mempunyai 105 sokongan ahli-ahli Parlimen.

Comments are closed.