SPRM Azam Baki
Tan Sri Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius terhadap dakwaan orang ramai berkaitan kegiatan merasuah doktor atau mana-mana pihak bagi mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menerima suntikan vaksin.

Perbuatan ini bukan saja melibatkan isu rasuah, tetapi ia menjejaskan reputasi profession pengamal perubatan, sekali gus mencalarkan imej mereka sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, walaupun pihaknya belum menerima sebarang aduan berkaitan isu berkenaan namun akan menyiasatdan melakukan risikan ke lokasi-lokasi yang disyaki melakukan perbuatan penyelewengan tersebut.

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku itu boleh menghubungi SPRM di talian hotline 1-800-88-6000 atau portal aduan rasuah
di portaladuan.sprm.gov.my. – MalaysiaGazette