Tawaran 10 peratus oleh Mara Liner Sdn Bhd sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

KUALA LUMPUR – Berita baik menanti bagi pengguna pengangkutan awam.

Ini kerana Mara Liner Sdn. Bhd. menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus bagi pembelian tiket dalam talian untuk perjalanan sehala sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.

Ini juga merupakan antara inisitiaf Mara Liner bagi mempamerkan semangat patriotisme sempena dua tarikh cukup penting bagi rakyat di negara ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mara Liner,  Zachary Ismail Zee Ismail, tawaran istimewa sekali gus memberi peluang bagi individu yang dibenarkan untuk perjalanan rentas daerah dan negeri.

Ini membabitkan negara Fasa 1 seperti Kedah, Selangor, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala negeri Fasa 2 seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah. 

Ini juga tertakluk kepada syarat individu  lengkap menerima dua dos vaksin perlu mendapat pengesahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan golongan pasangan suami isteri hubungan jarak jauh mahupun ibu bapa.

“Atau penjaga yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah yang menetap di negeri berlainan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Promosi bagi tempahan tiket atas talian bermula sekarang sehingga 30 September dan boleh memuat turun aplikasi Mara Liner Mobile Apps melalui Google Play (bagi peranti android) dan Apps Store (bagi peranti IOS) sahaja. 

Promosi tempahan tiket dalam talian juga boleh digunakan melalui laman web dengan melayar http://maralinergroup.tiketbas.my dan aplikasi mudah alih ejen jualan tiket Mara Liner.

“Promosi ini tidak sah bagi pembelian tiket di kaunter,” katanya lagi.

Kata Zachary Ismail, peluang itu boleh digunakan oleh mana-mana individu yang layak dan mendapat kebenaran pihak berkuasa  merentas negeri untuk bertemu dengan insan yang tersayang boleh menggunakan perkhidmatan syarikat kami.

“Seperti anda semua maklum bas Mara Liner sememangnya lebih selesa, selamat dan dipercayai sejak dari 1960-an sehingga kini.

“MaraLiner menjamin keyakinan dan keselamatan pelanggan dengan meningkatkan pematuhan SOP Covid-19, antaranya sanitasi bas sebelum dan selepas perjalanan sepertimana yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Pemeriksaan sijil vaksinasi dan surat pengesahan PDRM akan disemak sebelum perjalanan bermula dan bagi individu yang tidak melengkapkan dua vaksinasi atau tidak cukup 14 hari selepas vaksinasi kedua tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan,” ujarnya.

Kata Zachary Ismail, keadaan pandemik Covid-19 hari ini sememangnya turut dirasai oleh warga Mara Liner dan sentiasa mencari peluang untuk menambah baik apa sahaja keperluan pada norma baharu ini.

“Apa yang kita sedang lalui ini memang sukar sekali untuk kita luah melalui kata-kata sahaja. Tetapi ingin saya tegaskan Mara Liner amat memahami betapa sukarnya menempuh pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara tanpa insan yang tersayang.

“Kembalikan senyuman mereka, manfaatkan peluang ini sebaiknya dengan perkhidmatan bas MARA Liner sejajar tema kami iaitu Teman Destinasi Anda,” katanya.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Pertanyaan Tiket 0326979797 (8.30pagi-6.00ptg) atau TBS Hotline 0390512000 atau melalui emel [email protected]. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast