Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa.

“Satu berita yang menyedihkan kita terima hari ini, jenazah Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang hilang beberapa hari lalu telah dijumpai.

“Allahyarham merupakan wira kita yang menyertai eksesais Para Predator, di Sungai Pahang pada 29 Ogos lalu,” katanya dalam hantaran media sosialnya petang ini.

Sebelum itu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan penemuan jasad di kawasan Kampung Serengkam, Maran adalah anggota pasukan keselamatan itu yang dipercayai lemas dan hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang.

Allahyarham yang merupakan anggota Tinjau dari pasukan Kompeni PANDURA (Para) dipercayai lemas ketika menyertai Eksesais PARA PREDATOR Siri 1/2021 di Kawasan Am, Bera, Pahang.- MalaysiaGazette