Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah PPN Phase 1 relaxation dine in
Dr. Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23,473 kes pulih menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh dari Covid-19 sebanyak 1,506,273.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 262,540 kes aktif dengan 1,417 pesakit dirawat dalam rawatan intensif dan 783 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 249 kematian dicatat menjadikan angka korban setakat ini akibat wabak tersebut iaitu 17,191 kes, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu hari ini, Dr. Noor Hisham memaklumkan, jangkitan baharu Covid-19 kembali meningkat kepada 20,988 kes hari ini berbanding 18,762 semalam.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes baharu daripada wabak tersebut kini 1,786,004 kes.

Kes di Selangor turut meningkat sedikit kepada 4,073 kes selepas mencatat 3,711 semalam.

Peningkatan kes turut berlaku di Sarawak yang menghampiri paras 3,000 kes dengan mencatatkan 2,992 kes. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: 20,988 kes positif baharu