Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15,241,655 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 sehingga jam 11.59 malam tadi.

Menurut info Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), jumlah itu menunjukkan 46.7 peratus populasi dewasa telah lengkap dua dos vaksinasi.

Katanya, bagi dos satu pula sejumlah 19,932,136 individu atau 61.0 peratus telah menerima vaksin di seluruh negara.

Ini menjadikan kumulatif individu yang menerima vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam 35,150,474.

Dalam laporan itu JKJAV turut memaparkan vaksinasi dos satu dan dos dua mengikut negeri.

Perlis sehingga semalam seramai 158,592 individu menerima dos satu, manakala 124,130 dos kedua, diikuti Kedah 1,109,438 / 725,023, Pulau Pinang 1,159,739 / 792,038, Perak 1,272,321 / 901,043, Selangor 3,807,606 / 3,357,176, Kuala Lumpur 3,669,374 / 2,368,641 dan Putrajaya 124,338 / 115,672.

Negeri lain ialah Negeri Sembilan 786,001 / 651,038, Melaka 558,385 / 401,072, Kelantan 794,718 / 577,759, Terengganu 677,624 / 410,956, Pahang 777,263 / 613,647, Johor 2,171,917 / 1,322,947, Sabah 1,649,348 / 1,126,236, Sarawak 1,853,358 / 1,780,249, Labuan 69,973 / 64,701. – MalaysiaGazette